Sunday, April 12, 2020

FAQ ENILAM

FAQ ENILAM 电子阅读计划常见问答:

S:Kepada siapakah ENILAM ini ditujukan? 这电子阅读计划是给谁的呢?
J:Semua sekolah KPM yang gunakan maklumat NILAM seperti surat ini. 所有隶属教育部的学校都可以使用。

S: Borang ini disediakan percuma? 表格是免费的吗?
J: Ya. Tiada sebarang bayaran perlu dibuat pihak sekolah untuk kegunaan borang ini kerana kebanyakan data murid / kelas akan dikendalikan oleh guru / pemohon sendiri. 是的。所有记录学生的电子表格都是免费的。大部分的资料将由学校负责老师处理和更新。

S: Adakah fungsi analisis data disediakan? 有没有提供数据分析功能?
J: Fungsi analisis data dijana oleh Google Form sendiri adalah disediakan secara percuma. 谷歌表格自动数据分析是免费的。

S: Bagaimana dengan data yang dikehendaki oleh KPM? 那教育部要求的数据呢?
J: Data tersebut boleh disediakan dengan bersyarat. (Butiran masih diperincikan) 有关统计数据的提供条件仍在洽谈中。

S: Bagaimana dengan sekolah luar dari Negeri Perak yang ingin memohon? 是否可以协助霹雳州以外的学校?
J: Tiada masalah. Tetap akan diproses tapi perlukan masa yang secukupnya jika semua butiran lengkap diperoleh. 没有问题,只要拥有足够的资料与时间就可以完成。

S: Adakah pihak sekolah akan memperoleh semua data yang dihantar murid? 学校会获取全部的数据吗?
J: Pihak sekolah / guru pemohon akan dikongsi dengan borang yang dihasilkan. Semua data asli boleh dimuat turun untuk pemprosesan pihak sekolah. 该校的老师将可获得全部数据。

S: Mengapa perlukan perubahan seumpama ini? 为什么需要这样的转变?
J: Untuk mengupayakan murid supaya bertanggungjawab kepada pembacaan kendiri, meringankan beban guru dalam pemprosesan data membaca, memudahkan data NILAM direkod dan membolehkan pihak berkepentingan untuk akses perkembangan NILAM peringkat sekolah. 学生要对自己的阅读负责,减轻教师的工作负担,简化记录阅读计划的工作,让其他人看见学生的阅读计划。

S: Jika guru telah ditukarkan? 如果老师转校呢?
J: Klik sini maklumkan kepada pentadbir sistem untuk dikongsikan semula dengan guru baru. 点击这里通知系统管理员以便更新

S: Apakah kelebihan utama perubahan ini? 这样的改变还有什么好处?
J: Murid boleh rekod bacaan mereka, bila-bila masa sahaja. Ibubapa / penjaga boleh terima sesalinan hasil bacaan murid melalui emel jika fungsi diaktifkan setiap kali hasil bacaan murid dihantar. 学生随时记录阅读。(若激活功能) 家长/监护人可在学生提交报告时获得阅读副本。

S: Adakah pihak pentadbir sekolah boleh memantau perkembangan NILAM di dalam peringkat sekolah?学校行政可以阅览数据?
J: Boleh diaturkan jika diperlukan. Tapi peranan pentadbir sekolah cuma memantau dan tidak akan dapat mengubah sebarang kemasukan data. 学校行政可以浏览进展报告,却未能直接接触数据。

S: Bagaimana dengan keselamatan data? 数据安全吗?
J: Semua emel direkod sebelum dihantar. Dengan MCMC, memadai jika alamat emel diperoleh sekiranya kesalahan jenayah siber dilakukan. 所有的数据提交是通过电邮提交的。多媒体委员会有能力找出电子罪犯的能力。

S: Apa maklumat yang akan dikumpulkan oleh sistem? 系统收集什么资料?
J: Maklumat umum sahaja. Emel pemilik peralatan (telefon pintar/ tablet), nama murid, kelas, judul buku dan sebagainya. Tiada maklumat peribadi lain akan dikutip oleh sistem. 提交器材/学生的电邮,学生姓名,班级,书目名称或页数。没有收集其他个人资料。

S: Boleh tengok contoh borang elektronik? 有没有样本?
J: Klik untuk lihat contoh borang elektronik NILAM 点击这里浏览电子阅读报告样本

S: Bagaimana untuk memohon? 如何申办?
J: Klik sini untuk memohon. 点击申请

No comments:

Post a Comment