Tuesday, April 14, 2020

Bayangkan....试想像

Kalau pada masa dulu, murid terpaksa salin / tulis rekod bacaan dalam buku NILAM yang perlu dibeli melalui sekolah. Kini buku NILAM boleh diganti dengan kaedah rekod yang lebih berkesan--Google Form. Murid / ibubapa jimat wang, guru tidak perlu kutip yuran, GB pun tidak perlu serah / simpang wang kepada pembekal. 以前,学生得抄写,记录,或书写阅读报告在NILAM书本,现在因为填写在谷歌表格内而不必用手抄写或记录了。学生和家长节省金钱,老师不必收取和记录购买书本的钱,书店不必囤货,校长也不必收取存款和提交存款了。

Kalau pada masa dulu, guru terpaksa semak hasil bacaan murid, tapi dengan berubahnya format dan bentuk NILAM, semakan guru telah banyak dikurangkan.以前需要老师批改学生的阅读报告,修改格式后,老师似乎不必批改了。老师的工作负担,大大减少了。

Kalau pada masa dulu, guru terpaksa kutip buku dari murid untuk disemak, tapi kini dengan Google Form NILAM, semua penghantaran dimaklumkan kepada guru melalui secara automatik sebaik sahaja penghantaran rekod bacaan dihantar murid.老师们以前需要记录在名单内,以便检查学生阅读报告的提交。但现在,所有学生提交的阅读报告将会通过老师的电邮(特别是资源中心老师)直接汇报。

Kalau ini tidak meringankan beban kerja guru dalam urusan NILAM, ada kaedah yang lebih baik? Google Sheet? Maaf, semua data terdedah, kurang selamat. Buku NILAM rekaan sekolah? Maaf ini pun masih perlu dikutip dan disemak oleh guru, tidak kurang bebannya, murid pun terhad dengan keberadaan buku NILAM untuk dicatat. 除了这个方法,还有更好的方法吗?肯定有,但目前这个是最好的。使用GOOGLE SHEET吗,不适合。使用学校另外设计的NILAM书本,是不是又增加了老师们和学生的负担呢?重蹈覆辙,何苦?

Bayangkan, guru kini tidak lagi perlu pantau dan rekod hasil bacaan murid, tetapi semua dipantau melalui telefon pintar sahaja....试想像,所有学生的数据都可以通过智能手机查阅。

Bayangkan guru kini tidak lagi perlu semak buku, semua catatan hasil bacaan telah dipermudahkan.试想像,所有老师已不必批阅阅读报告,所有的记录已简化处理。

Bayangkan, ibubapa / penjaga murid pun dimaklumkan jika fungsi kutipan emel diaktifkan dalam sistem, justeru membolehkan ibubapa / penjaga murid ketahui apa yang dilakukan bila telefon pintar diguna anak mereka.试想像,所有学生的家长/监护人也可以通过电话的电邮(使用智能电话却不知道电邮是什么的话,就要开始学习了)知道孩子的阅读报告活动了。

Bayangkan, jika dengan ada kepakaran dan khidmat pemprosesan data, semua data NILAM yang diperlukan itu boleh dijana / dikira dengan hampir 99% automatik, tanpa perlukan guru dan murid sama-sama membilangan bilangan buku dibaca, bilangan buku ikut bahasa, bulangan muka surat yang dibaca dan sebagainya.....试想像,大部分的阅读报告数据都可以自动化处理。老师们再也不必和同学们一起逐页计算了。。。。。(这需要另外加上尚在洽谈的数据处理,或者学校老师需要另外准备数据处理的部分)

Bayangkan jika bahan bacaan bukan buku turut boleh dicatatkan....akui sahajalah, kini lebih banyak bahan bacaan bukan buku dari semua buku yang ada dalam sesebuah buku kedai....无论你承认与否,现在的非书本阅读素材比书店里面的书加起来还要多上好几倍。这个转变是可以记录非书籍的阅读。

Bayangkan semua anak murid didedahkan dengan penggunaan telefon bimbit bukan untuk permainan tetapi sebagai alat untuk mengecapi ilmu dan alat rekod yang memupuk tabiat membaca ini....anak murid tidak akan pandang telefon bimbit ini cuma alat permainan sahaja....试想像,学生从小开始明白,智能手机/平板电脑不仅仅是游戏或多媒体的东西,而是工作和学习的工具之一。


  1. Ingin telitikan contoh borang? Klik di sini. 想看看表格样本?点击这里
  2. Ingin memohon untuk sekolah? Versi Bahasa Malaysia, Sila klik di sini. Versi Bahasa Mandarin, sila klik di sini. 国语版申请华文版申请
  3. Ada cadangan membina? Sila emel kepada pengarang untuk dipertimbangkan.



No comments:

Post a Comment